Assalamualaikum.. Salam Negaraku Malaysia .

PENERAJU KECEMERLANGAN 1 HATI 1 MATLAMAT


Unit Pengurusan Sekolah (Pengurusan Murid) Pejabat Pendidikan Daerah Seremban bertanggungjawab

menguruskan penempatan dan pertukaran pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.




<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>

07 March 2016

TINGKATAN ENAM



Latar Belakang
Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu.
Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.

Syarat Kemasukan
Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.
Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan  calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Matlamat
Tingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal.  Mereka ini akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara disamping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.

Objektif
Objektif pelaksanaan pendidikan Tingkatan Enam adalah untuk:
a.      meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi;
b.      memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi;
c.      memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain;
d.      memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai
         kebolehpasaran yang tinggi; dan
e.      membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek
         perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam
Penjenamaan Semula Tingkatan Enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 dengan hasrat untuk:
a. memperkasa pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti;
b. mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan Enam ;
c. membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan Enam .

Lima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan Enam adalah seperti yang berikut:
a.      Imej dan Anjakan Minda.
b.      Info dan Infrastruktur.
c.      Pengurusan dan Pentadbiran.
d.      Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
e.      Kurikulum.

Pusat Tingkatan Enam terbahagi kepada tiga Mod iaitu:
Mod 1 - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.
Mod 2 - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Mod 3 - sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi  di sekolah arus perdana.

Kurikulum Tingkatan Enam
Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulai pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.
Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

Bil
Kod
Mata Pelajaran

Bil
Kod
Mata Pelajaran
1.
900
Pengajian Am

12.
944
Ekonomi
2.
910
Bahasa Melayu

13.
946
Pengajian Perniagaan
3.
911
Bahasa Cina

14.
948
Perakaunan
4.
912
Bahasa Tamil

15.
950
Mathematics (M)
5.
913
Bahasa Arab

16.
954
Mathematics (T)
6.
920
Literature in English

17.
958
Information and Communications Technology(ICT)
7.
922
Kesusasteraan Melayu Komunikatif

18.
960
Physics
8.
930
Syariah

19.
962
Chemistry
9.
931
Usuluddin

20.
964
Biology
10.
940
Sejarah

21.
966
Sains Sukan
11.
942
Geografi

22.
970
Seni Visual

Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah (soft skills).

Kokurikulum  Tingkatan Enam
Semua murid Tingkatan Enam wajib terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan pemarkahan 10 peratus kokurikulum adalah berdasarkan pengiraan dua markah tertinggi dalam  bidang berikut:
a.    Kelab/ Persatuan;
b.    Sukan/ Permainan; dan
c.    Badan Beruniform

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun:

a.    Penggal 1: Mei hingga November
  • 26 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Penggal 1 (P1)

b.    Penggal 2: Januari hingga Mei
  • 20 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Penggal 2 (P2)

c.    Penggal 3: Mei hingga November
  • 26 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Penggal 3 (P3), peperiksaan Ulang 1 (U1), dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu P1, P2, dan P3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.

Pentaksiran
Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% - 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% - 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Murid mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat P1, P2, dan P3. Murid juga mesti melaksanakan Kerja Kursus.
Murid akan menerima keputusan peperiksaan setiap penggal. Mereka boleh memperbaiki keputusan peperiksaan P1 dan P2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2. Pentaksiran pencapaian murid dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga penggal. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal seperti yang berikut:

Terbaik [(P1 atau U1) + (P2 atau U2) + P3 +  Kerja Kursus]

Yuran
Yuran peperiksaan bagi empat atau/dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.

Komponen  Yuran
       Kos (RM)
Yuran asas
120.00
Yuran setiap mata pelajaran
  90.00
Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas (Ulangan)
  50.00

Penggredan STPM

Gred Kertas (Berdasarkan setiap penggal)
Gred Mata Pelajaran
(Kumulatif)
Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP)
Status
A
A
4.00
Lulus Penuh
A-
A-
3.67
Lulus Penuh
B+
B+
3.33
Lulus Penuh
B
B
3.00
Lulus Penuh
B-
B-
2.67
Lulus Penuh
C+
C+
2.33
Lulus Penuh
C
C
2.00
Lulus Penuh
C-
C-
1.67
Lulus Sebahagian
D+
D+
1.33
Lulus Sebahagian
D
D
1.00
Lulus Sebahagian
F
F
0.00
Gagal

Pengiktirafan
Sijil STPM mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), danCambridge Assessment, England.
Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. 
Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan Kerajaan.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia