Assalamualaikum.. Salam Negaraku Malaysia .

PENERAJU KECEMERLANGAN 1 HATI 1 MATLAMAT


Unit Pengurusan Sekolah (Pengurusan Murid) Pejabat Pendidikan Daerah Seremban bertanggungjawab

menguruskan penempatan dan pertukaran pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.




<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>

07 March 2017

Peringatan Mesra Egtukar Mac 2017

Assalamualaikum dan Salam Negaraku Malaysia

Mohon pihak sekolah memaklumkan kepada pengetua masing-masing supaya membuat pengesahan dalam egtukar pada kadar segera untuk mengelakkan masalah sistem di saat-saat akhir.. Tarikh tutup pengesahan ialah pada 25 Mac 2017...

Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai.

Terima kasih.

07 March 2016

TINGKATAN ENAM



Latar Belakang
Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu.
Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan untuk meneruskan pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal. Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah menengah harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan aliran Sains.

Syarat Kemasukan
Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.  Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.
Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan  calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Matlamat
Tingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengembangkan bakat dan kreativiti seterusnya menjadi generasi muda berimpak tinggi, glokal dan universal.  Mereka ini akhirnya membawa kesejahteraan kepada negara disamping mendapat kelayakan yang memenuhi standard antarabangsa.

Objektif
Objektif pelaksanaan pendidikan Tingkatan Enam adalah untuk:
a.      meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi;
b.      memberi pendidikan berdasarkan sistem penggal dan berdaya saing yang tinggi;
c.      memberi pendidikan yang setara dengan program prauniversiti yang lain;
d.      memastikan murid lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mempunyai nilai
         kebolehpasaran yang tinggi; dan
e.      membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek
         perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam
Penjenamaan Semula Tingkatan Enam menjadi salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 dengan hasrat untuk:
a. memperkasa pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM seperti Matrikulasi atau pusat asasi sains, kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti;
b. mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan Enam ;
c. membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi dalam kalangan murid Tingkatan Enam .

Lima fokus utama Penjenamaan Semula Tingkatan Enam adalah seperti yang berikut:
a.      Imej dan Anjakan Minda.
b.      Info dan Infrastruktur.
c.      Pengurusan dan Pentadbiran.
d.      Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
e.      Kurikulum.

Pusat Tingkatan Enam terbahagi kepada tiga Mod iaitu:
Mod 1 - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.
Mod 2 - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.
Mod 3 - sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi  di sekolah arus perdana.

Kurikulum Tingkatan Enam
Pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulai pada pengambilan sesi 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.
Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

Bil
Kod
Mata Pelajaran

Bil
Kod
Mata Pelajaran
1.
900
Pengajian Am

12.
944
Ekonomi
2.
910
Bahasa Melayu

13.
946
Pengajian Perniagaan
3.
911
Bahasa Cina

14.
948
Perakaunan
4.
912
Bahasa Tamil

15.
950
Mathematics (M)
5.
913
Bahasa Arab

16.
954
Mathematics (T)
6.
920
Literature in English

17.
958
Information and Communications Technology(ICT)
7.
922
Kesusasteraan Melayu Komunikatif

18.
960
Physics
8.
930
Syariah

19.
962
Chemistry
9.
931
Usuluddin

20.
964
Biology
10.
940
Sejarah

21.
966
Sains Sukan
11.
942
Geografi

22.
970
Seni Visual

Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah (soft skills).

Kokurikulum  Tingkatan Enam
Semua murid Tingkatan Enam wajib terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan pemarkahan 10 peratus kokurikulum adalah berdasarkan pengiraan dua markah tertinggi dalam  bidang berikut:
a.    Kelab/ Persatuan;
b.    Sukan/ Permainan; dan
c.    Badan Beruniform

Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama 1 ½ tahun:

a.    Penggal 1: Mei hingga November
  • 26 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Penggal 1 (P1)

b.    Penggal 2: Januari hingga Mei
  • 20 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Penggal 2 (P2)

c.    Penggal 3: Mei hingga November
  • 26 minggu termasuk :
    • Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
    • Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
    • Peperiksaan Penggal 3 (P3), peperiksaan Ulang 1 (U1), dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu P1, P2, dan P3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.

Pentaksiran
Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% - 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% - 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Murid mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat P1, P2, dan P3. Murid juga mesti melaksanakan Kerja Kursus.
Murid akan menerima keputusan peperiksaan setiap penggal. Mereka boleh memperbaiki keputusan peperiksaan P1 dan P2 dengan menduduki peperiksaan U1 dan/atau U2. Pentaksiran pencapaian murid dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga penggal. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal seperti yang berikut:

Terbaik [(P1 atau U1) + (P2 atau U2) + P3 +  Kerja Kursus]

Yuran
Yuran peperiksaan bagi empat atau/dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu.

Komponen  Yuran
       Kos (RM)
Yuran asas
120.00
Yuran setiap mata pelajaran
  90.00
Caj menduduki semula peperiksaan akhir per kertas (Ulangan)
  50.00

Penggredan STPM

Gred Kertas (Berdasarkan setiap penggal)
Gred Mata Pelajaran
(Kumulatif)
Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP)
Status
A
A
4.00
Lulus Penuh
A-
A-
3.67
Lulus Penuh
B+
B+
3.33
Lulus Penuh
B
B
3.00
Lulus Penuh
B-
B-
2.67
Lulus Penuh
C+
C+
2.33
Lulus Penuh
C
C
2.00
Lulus Penuh
C-
C-
1.67
Lulus Sebahagian
D+
D+
1.33
Lulus Sebahagian
D
D
1.00
Lulus Sebahagian
F
F
0.00
Gagal

Pengiktirafan
Sijil STPM mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), danCambridge Assessment, England.
Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. 
Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan Kerajaan.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

24 February 2016

DOKUMEN BAGI URUSAN PERTUKARAN SEKOLAH

URUSAN PERTUKARAN DAN PENEMPATAN MURID

DOKUMEN BAGI URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA

1.  Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
2.  Salinan surat beranak
3.  Salinan kad pengenalan murid
4.  Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga murid
5.  Salinan surat nikah// cerai/ surat kematian/ perakuan Pendaftaran
     Perkahwinan ibubapa
6.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa
     bercerai/berpisah
7.  Surat Daftar Anak Angkat mengikut Seksyen 25 Akta
     Pengangkatan 1952 (jika anak angkat) 

Dokumen Tambahan 

        1.  Laporan Disiplin pelajar jika pelajar ini mempunyai masalah disiplin
        2. kaunseling jika pelajar ini pernah dirujuk ke Kaunselor (sekiranya  
            pelajar ini tidak ada kaitan dengan 1 dan 2 di atas, sila nyatakan     
            pelajar ini tidak ada masalah disiplin/kaunseling, laporan tidak perlu
            disediakan) 

Nota :
1. Empat salinan dihantar ke PPD yang berkenaan untuk mendapat
   kelulusan dan satu salinan untuk  pihak  sekolah.
2.Bagi sekolah menengah, sila nyatakan mata pelajaran elektif untuk
   PMR/pakej SPM dalam lampiran beraaingan
3.Calon PTS/UPSR/PMR/SPM/STPM, sila pastikan permohonan
   pertukaran pusat peperiksaan diuruskan. 


DOKUMEN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID (SEKOLAH AGAMA/SEKOLAH PERSENDIRIAN/MOHON BELAJAR SEMULA) KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN/BANTUAN KERAJAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (ASBS) .

1.  Dua salinan Borang ASBS
2.  Satu salinan surat beranak
3.  Satu salinan kad pengenalan pelajar
4.  Satu salinan surat berhenti sekolah rendah/menengah
5.  Satu salinan keputusan peperiksaan PMR dan UPSR
6.  Satu salinan surat nikah ibu bapa
7.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah
     (jika berkenaan)
8.  Salinan surat daftar  anak angkat (jika berkenaan)


DOKUMEN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN EMPAT DARIPADA CALON-CALON PERSENDIRIAN/SWASTA  KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN/BANTUAN KERAJAAN 

1.  Salinan Borang M
2.  Salinan surat beranak
3.  Salinan kad pengenalan pelajar
4.  Salinan keputusan peperiksaan PMR dan UPSR
5.  Salinan kad pengenalan ibu bapa murid
6.  Salinan perintah mahkamah tentang hak penjagaan, jika ibu bapa bercerai/berpisah 
     (jika berkenaan)
7.  Salinan surat daftar  anak angkat (jika berkenaan)
8.  Salinan Surat nikah/ cerai/ daftar kahwin/ surat kematian


*Semua DOKUMEN mestilah telah diSAHKAN oleh pihak berkelayakan.

PENGENALAN

Pengurusan Murid di Pejabat Pendidikan Daerah terletak di bawah Sektor Pengurusan Sekolah. Pegawai bertanggungjawab akan menguruskan penempatan murid ke tingkatan satu dan pertukaran masuk mereka sama ada dalam daerah, antara daerah dan antara negeri.

Terdapat dua unit penting dalam Sektor Pengurusan Sekolah ini iaitu Unit Sekolah Menengah dan Unit Sekolah Rendah. Pada kebanyakan urusan pertukaran pelajar, mana-mana pegawai akan diberi kuasa oleh Tuan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah untuk menandatangani surat pertukaran tersebut bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.

Penempatan murid ke tingkatan satu hanya akan berlaku pada bulan Disember dan Januari sahaja. Surat penempatan ini akan dicetak oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada pelajar sebelum cuti sekolah akhir tahun. Surat tersebut mempunyai kepala surat Jabatan Pendidikan Negeri dan ditandatangani oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Murid diminta melapor diri dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan.

Dalam situasi-situasi tertentu ada pegawai daripada Unit Sekolah Menengah akan menandatangani surat pertukaran pelajar murid sekolah rendah dan begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian pihak sekolah perlu memahami situasi ini tanpa mempersoalkannya.

23 February 2016

Selamat Datang... Semoga kita dapat saling membantu antara satu sama lain.